Tuesday 27 September 2016

PENGENALAN




                           


Hubungan etnik ialah satu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana keadaan yang aman dan damai mampu mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik. Menurut Shamsul Amri(2012), keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial membolehkan negara ini terus membangun dengan pesat. Malaysia juga berjaya menjadi sebuah negara yang berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun.
                Kehidupan manusia itu dapat dilihat dalam pelbagai konteks. Persaingan dan konflik antara etnik, sama ada secara nyata atau tidak sering berlaku di negara-negara yang berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, perpaduan menjadi cabaran dalam pembinaan negara bangsa.



KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA 


Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa,keturunan dan agama. Etnik utama penduduk Malaysia terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India. Etnik Melayu merupakan penduduk asal dan menjadi kumpulan terbesar di Malaysia. Etnik Cina dan India masing-masing berasal dari negara China dan India. Oleh sebab berlaku proses migrasi, kedua-dua etnik ini telah berkembang dan menjadi penduduk Tanah Melayu sejak pemerintahan Inggeris. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara, statistik penduduk Malaysia 2015 mengikut keturunan  dapat diperlihatkan lebih teliti berdasarkan carta dibawah:








"PERPADUAN  MENJADI SATU CABARAN UTAMA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA"












No comments:

Post a Comment