Tuesday 27 September 2016

ETNIK MELAYU




                           



  • Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu.
  •  Orang Melayu datang dari Indo-China atau  Yunan lebih 3500 tahun dahulu.
  •  Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya  menganut agama Islam.
  • Kaum Melayu merupakan  kaum yang terbesar di  Malaysia.
  • Kebiasaannya kaum Melayu berasal daripada perkampungan.
  • Antara aktiviti yang biasa dilakukan oleh kaum Melayu adalah pertanian, perternakan, nelayan dan sebagainya.
  • Etnik ini juga berasal daripada berbagai-bagai keturunan, iaitu MELAYU PROTO (melayu purba atau melayu asli), MELAYU DEUTERO (melayu lama) dan MELAYU MODEN (datang dari timur tengah, india,cina dan eropah).
  • Pelbagai keturunan ini kemungkinan menjadi orang pertama serta orang jati Asia Tenggara yang bercampur dengan penduduk tempatan.



ORANG MELAYU PROTO

  • Sekumpulan masyarakat yang berhijrah dari Yunnan, Taiwan.
  • Berperwatakan seperti orang Melayu dan berbahasa Melayu.
  • Mempunyai pelbagai suku kaum iaitu Semang, Senoi, Temiang, Jakun, Orang Laut dan Orang Sungai.
  • Orang Melayu Proto merupakan pembahgian daripada pelbagai kaum yang menggabungkan beberapa suku kaum dan tinggal dalam lingkungan keluarga Melayu.
                                               Ciri-ciri fizikal:
                                                 * Berbadan pendek
                                                      * Berkulit hitam
                                                 * Berambut kerinting


                            







    ORANG MELAYU DEUTERO


    • Keturunan Melayu yang mendiami kawasan Lembah Mekong dan Vietnam pada masa lampau iaitu Melayu Funan dan Champa.
    • Mereka kurang berhijrah, mempunyai bahasa seragam, majoriti  tinggal di kawasan kampung dan dusun.
    • Kelebihan yang dikuasai oleh Orang Melayu Deutero adalah dalam bidang pertanian serta pembuatan besi dan logam.







    ORANG MELAYU MODEN

    • Masyarakat yang bercampur dan berkahwin antara Melayu Proto dengan melayu Deutero dan kumpulan yang datang dari Timur Tengah, Eropah, India dan China.
    • Corak kehidupan setanding dengan bangsa Eropah, China, Jepun dan Korea.
    • Ciri-ciri Orang Melayu Moden:
              * Melayu
              * Fasih dalam pertuturan bahasa Melayu
              * Agama Islam
              * Mengamalkan budaya Melayu
              * Bangga sebagai orang Melayu
    • Orang Melayu Moden menetap di bandar-bandar.
    • Mereka terdedah kepada kemajuan teknologi dan mempelajari pelbagai ilmu.


           

                                                      








    No comments:

    Post a Comment