Tuesday 27 September 2016

ETNIK CINA





                                 

Etnik Cina merupakan etnik kedua terbesar selepas etnik Melayu dan Bumiputera. Etnik Cina berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-19 atas tujuan ingin bekerja sebagai pelombong. Etnik Cina ini juga amat patuh kepada pembesar-pembesar Melayu.

Namun, keadaan berubah selepas mereka diberi konsesi untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah di negeri-negeri Melayu. Perang saudara kerap berlaku dan pergaduhan di kawasan perlombongan menjadi kucar-kacir. Akhirnya, British terpaksa campur tangan dan menggalakkan lebih ramai lagi etnik Cina datang ke negeri-negeri Melayu.

Etnik Cina juga berhijrah ke negeri-negeri Melayu untuk mencari rezeki kerana China sering dilanda malapetaka, bencana alam dan perang saudara ketika itu. Selain itu, mereka berhijrah kerana pelawaan saudara-mara mereka yang lebih awal datang ke Tanah Melayu dan Asia Tenggara.

Etnik Cina terdiri daripada :

Etnik Kwantung, iaitu orang Kanton, Teochew, Hakka dan Hailam. (majoriti ialah peniaga)
Orang Hakka - sebagai pelombong bijih timah.
Orang Hailam - lebih suka membuka kedai kopi dan menjadi orang gaji kepada pembesar Eropah.





No comments:

Post a Comment