Tuesday 27 September 2016

KESIMPULAN



KESIMPULAN

Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk teerus maju ke mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.





PENGAJARAN
  • Setiap kaum mestilah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara. Oleh itu,setiap kaum haruslah bekerjasama dan meghargai peranan yang ada pada kaum-kaum lain.
  • Kepelbagaian etnik dan budaya hasil daripada kewujudan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik di mata dunia. Oleh itu, keunikan ini perlulah dipelihara dengan baik untuk tatapan generasi akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.        





________________________________________________________________


RUJUKAN :

1. Normurni Mohamed, Razana Fatin Abdullah@Razali, Mohamad Faizal Ahmat. Pengajian    Malaysia, Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

2. Shamsul Amri Baharuddin (2012). Modul Hubungan Etnik, Selangor : Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan.

No comments:

Post a Comment