Tuesday 27 September 2016






PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
(KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA)

                                    AHLI KUMPULAN:-



           
                                     (1) NUR IKHMA NAJIHAH BINTI ZAINOL
                                                     ( 16DAT16F1017 )
                                     (2) NUR IZZAH ALIAH BINTI MOHAMAD JAMAL
                                                     ( 16DAT16F1006 )
                                     (3) NUR FITRIYANI BINTI MULIANTOH
                                                     ( 16DAT16F1018 )
                                     (4) NUR BAIDURI BINTI HALIF EFFINDI
                                                     ( 16DAT16F1029 )





PENGENALAN




                           


Hubungan etnik ialah satu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana keadaan yang aman dan damai mampu mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik. Menurut Shamsul Amri(2012), keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial membolehkan negara ini terus membangun dengan pesat. Malaysia juga berjaya menjadi sebuah negara yang berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun.
                Kehidupan manusia itu dapat dilihat dalam pelbagai konteks. Persaingan dan konflik antara etnik, sama ada secara nyata atau tidak sering berlaku di negara-negara yang berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, perpaduan menjadi cabaran dalam pembinaan negara bangsa.



KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA 


Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa,keturunan dan agama. Etnik utama penduduk Malaysia terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India. Etnik Melayu merupakan penduduk asal dan menjadi kumpulan terbesar di Malaysia. Etnik Cina dan India masing-masing berasal dari negara China dan India. Oleh sebab berlaku proses migrasi, kedua-dua etnik ini telah berkembang dan menjadi penduduk Tanah Melayu sejak pemerintahan Inggeris. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara, statistik penduduk Malaysia 2015 mengikut keturunan  dapat diperlihatkan lebih teliti berdasarkan carta dibawah:








"PERPADUAN  MENJADI SATU CABARAN UTAMA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA"












ETNIK MELAYU




                           



  • Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu.
  •  Orang Melayu datang dari Indo-China atau  Yunan lebih 3500 tahun dahulu.
  •  Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya  menganut agama Islam.
  • Kaum Melayu merupakan  kaum yang terbesar di  Malaysia.
  • Kebiasaannya kaum Melayu berasal daripada perkampungan.
  • Antara aktiviti yang biasa dilakukan oleh kaum Melayu adalah pertanian, perternakan, nelayan dan sebagainya.
  • Etnik ini juga berasal daripada berbagai-bagai keturunan, iaitu MELAYU PROTO (melayu purba atau melayu asli), MELAYU DEUTERO (melayu lama) dan MELAYU MODEN (datang dari timur tengah, india,cina dan eropah).
  • Pelbagai keturunan ini kemungkinan menjadi orang pertama serta orang jati Asia Tenggara yang bercampur dengan penduduk tempatan.



ORANG MELAYU PROTO

  • Sekumpulan masyarakat yang berhijrah dari Yunnan, Taiwan.
  • Berperwatakan seperti orang Melayu dan berbahasa Melayu.
  • Mempunyai pelbagai suku kaum iaitu Semang, Senoi, Temiang, Jakun, Orang Laut dan Orang Sungai.
  • Orang Melayu Proto merupakan pembahgian daripada pelbagai kaum yang menggabungkan beberapa suku kaum dan tinggal dalam lingkungan keluarga Melayu.
                                               Ciri-ciri fizikal:
                                                 * Berbadan pendek
                                                      * Berkulit hitam
                                                 * Berambut kerinting


                            







    ORANG MELAYU DEUTERO


    • Keturunan Melayu yang mendiami kawasan Lembah Mekong dan Vietnam pada masa lampau iaitu Melayu Funan dan Champa.
    • Mereka kurang berhijrah, mempunyai bahasa seragam, majoriti  tinggal di kawasan kampung dan dusun.
    • Kelebihan yang dikuasai oleh Orang Melayu Deutero adalah dalam bidang pertanian serta pembuatan besi dan logam.







    ORANG MELAYU MODEN

    • Masyarakat yang bercampur dan berkahwin antara Melayu Proto dengan melayu Deutero dan kumpulan yang datang dari Timur Tengah, Eropah, India dan China.
    • Corak kehidupan setanding dengan bangsa Eropah, China, Jepun dan Korea.
    • Ciri-ciri Orang Melayu Moden:
              * Melayu
              * Fasih dalam pertuturan bahasa Melayu
              * Agama Islam
              * Mengamalkan budaya Melayu
              * Bangga sebagai orang Melayu
    • Orang Melayu Moden menetap di bandar-bandar.
    • Mereka terdedah kepada kemajuan teknologi dan mempelajari pelbagai ilmu.


           

                                                      








    ETNIK CINA





                                     

    Etnik Cina merupakan etnik kedua terbesar selepas etnik Melayu dan Bumiputera. Etnik Cina berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-19 atas tujuan ingin bekerja sebagai pelombong. Etnik Cina ini juga amat patuh kepada pembesar-pembesar Melayu.

    Namun, keadaan berubah selepas mereka diberi konsesi untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah di negeri-negeri Melayu. Perang saudara kerap berlaku dan pergaduhan di kawasan perlombongan menjadi kucar-kacir. Akhirnya, British terpaksa campur tangan dan menggalakkan lebih ramai lagi etnik Cina datang ke negeri-negeri Melayu.

    Etnik Cina juga berhijrah ke negeri-negeri Melayu untuk mencari rezeki kerana China sering dilanda malapetaka, bencana alam dan perang saudara ketika itu. Selain itu, mereka berhijrah kerana pelawaan saudara-mara mereka yang lebih awal datang ke Tanah Melayu dan Asia Tenggara.

    Etnik Cina terdiri daripada :

    Etnik Kwantung, iaitu orang Kanton, Teochew, Hakka dan Hailam. (majoriti ialah peniaga)
    Orang Hakka - sebagai pelombong bijih timah.
    Orang Hailam - lebih suka membuka kedai kopi dan menjadi orang gaji kepada pembesar Eropah.





    ETNIK INDIA

       

                                       


     Etnik India pula ialah etnik ketiga terbesar di Malaysia. Etnik ini masuk ke Semenanjung Tanah Melayu sebagai buruh tawanan dari Bengkulu, Indonesia dan sebagai buruh ladang.

     - Mereka digunakan untuk:

    • Membina bangunan
      P3-full.jpg
      Orang Ceylon
      • Jalan raya
      • Jambatan                                                                                       
       - Namun,lebih ramai yang bekerja di:
      • Ladang-ladang tebu
      • Ladang kopi
      • Ladang teh 
        - Pihak British juga membawa masuk Orang Ceylon(Sri Lanka) untuk bekhidmat sebagai:
      • Kerani
      • Pembantu Hospital
      • Kakitangan Perkhidmatan Kereta Api 

      - Suku Malayalee yang datang dari wilayah Malabar adalah agama Islam dan dikenali sebagai Malabari. Bagi suku Malayalee yang berpendidikan, mereka diambil untuk:
      • Mengawal selia ladang-ladang kepunyaan Inggeris
       - Selain itu terdapat masyarakat Punjabi yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu sebagai anggota polis dan memberi khidmat perkhidmatan pengangkutan, iaitu kereta lembu sebagai pengangkutan utama menghubungkan kawasan perlombongan dengan pengkalan-pengkalan di sepanjang sungai.

       - 90% etnik India berasal dari selatan India, iaitu wilayah Tamil Nadu, Andra Pradesh dan Malabar


       - 80% masyarakat Tamil menganut agama Hindu   






      ETNIK MINORITI

                           

                               


      Orang Asli yang pertama dipercayai menetap di Semenanjung Tanah Melayu pada kira-kira 1000 TM.
      Sejarah membuktikan  bahawa Malaysia merupakan salah sebuah kediaman yang terawal di Nusantara (Zahari Awang 2014)
      Terdapat penemuan kesan-kesan peninggalan prasejarah di Lenggong, Perak dan Gua Niah, Sarawak.
      penduduk terawal di negara ialah orang asli di Semenanjung Tanah Melayu,orang Punan di Sarawak dan orang Rungus di Sabah.

              Kumpulan orang asli dan penempatan mereka di Semenanjung Malaysia :


      Kumpulan Negrito
                             Penempatan
      Batek
      Kelantan ,Pahang , Terengganu
      Jahai
      Kelantan ,Perak
      Kensiu  
      Kedah
      Kintak , Lanoh
      Perak
      Mendrik
      Kelantan
      Kumpulan Senoi
                             Penempatan
      Che Wong , Jahut
      Pahang
      Mah Meri
      Selangor
      Semai
      Pahang ,Perak ,Selangor
      Semok Beri
      Kelantan , Pahang , Terengganu
      Temiar
      Kelantan , Pahang , Perak
      Kumpulan Melayu-Proto
                             Penempatan
      Jakun
      Johor , Pahang
      Kanak , Orang Laut , Orang Selitar
      Johor
      Semelai
      Negeri  Sembilan, Pahang
      Temok
      Pahang
      Temuan
      Johor, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor

























      Etnik Serani ialah masyarakat Portugis dan Belanda yang berkahwin dengan orang Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka:
      • Wujud di Melaka dan Pulau Pinang serta merujuk semua orang yang berkacukan Asia dan Eropah.
      • Mempunyai kebudayaan tersendiri dan asal-usul yang unik serta menarik.        
              Komposisi etnik Sarawak terbahagi kepada 2 kumpulan:






                                                     
                                                          Kaum Iban



                               
                                                      Kaum Kadazan Dusun


        VIDEO KOMPOSISI ETNIK DAN ARTIKEL




        1)





        2)





        3)




        4)










        ________________________________________________________________




        ARTIKEL:
























        KESIMPULAN



        KESIMPULAN

        Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk teerus maju ke mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.





        PENGAJARAN
        • Setiap kaum mestilah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara. Oleh itu,setiap kaum haruslah bekerjasama dan meghargai peranan yang ada pada kaum-kaum lain.
        • Kepelbagaian etnik dan budaya hasil daripada kewujudan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik di mata dunia. Oleh itu, keunikan ini perlulah dipelihara dengan baik untuk tatapan generasi akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.        





        ________________________________________________________________


        RUJUKAN :

        1. Normurni Mohamed, Razana Fatin Abdullah@Razali, Mohamad Faizal Ahmat. Pengajian    Malaysia, Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

        2. Shamsul Amri Baharuddin (2012). Modul Hubungan Etnik, Selangor : Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia.

        3. Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan.